Khamis, 25 April 2013

Cara Mudah Membeli Emas Public Gold (Online)

Beli emas Public Gold semudah beli tiket "Air Asia" kata seorang customer saya. Walaupun tak jumpa dealer sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan.

Tapi kalau nak urusan lebih mudah, contact saya atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan seperti (1) nama penuh, (2) no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan tunggu dealer tu lock harga bagi pihak anda. Tapi kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah 'cantik', follow steps di bawah ni:

4 Langkah Membeli Emas Public Gold
Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

Rabu, 13 Jun 2012

EMAS - Kesilapan Pelabur-Pelabur Emas

Kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri:

 1.          Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama.
           Kita tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. 

2.         Membeli barang kemas
            Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. 

3.        Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. 
         Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. 

4.        Pinjam duit untuk beli emas. 
        Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. 

5.       Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. 
        Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti.

Rabu, 11 Januari 2012

4 Jenis Pelaburan Bijak

  Simpanan adalah salah satu perkara penting dalam perancangan individu dan keluarga. Lebih banyak simpanan, lebih senang kehidupan pada masa akan datang. Salah satu jenis simpanan adalah melalui pelaburan.

Di Malaysia, banyak jenis pelaburan yang boleh diceburi. Mengikut kajian, pelaburan adalah satu cabang berfaedah untuk mendapat lebih pulangan. Di bawah adalah beberapa jenis pelaburan yang biasa di dapati di Malaysia.

1.  Pelaburan emas fizikal. Mengikut kajian, peratusan pulangan emas setahun sehingga 25% dan dengan peratusan ini sudah ramai golongan menyedari kepentingan emas.
Harga emas sepanjang masa meningkat. Walaupun tidak ketara tetapi dalam jangka masa panjang, pulangannya menguntungkan. Antara yang popular dalam urusniaga emas adalah Public Gold, Public Bank dan juga Maybank.

2. Melabur dalam unit amanah. Unit amanah boleh dibeli dari serendah RM1 setiap unit. Contohnya melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan Public Mutual. Keuntungan tahunan biasanya di bawah 10% . Walaupun begitu, risikonya masih ada jika harga pasaran saham jatuh mendadak. Namun, unit amanah masih mampu menjadi pilihan terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

3. Membeli rumah. Seperti pelaburan emas, dengan membeli rumah juga boleh mendatangkan pulangan lumayan. Cara paling mudah, beli dengan harga murah dan jual kembali pada harga tinggi. Setiap tahun harga rumah meningkat terutamanya di kawasan membangun seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Selain membeli dan menjual, ada juga membeli kemudian menyewakan kembali kepada sesiapa yang berminat. Melalui tempoh sewa, pemilik rumah akan mendapat pulangan yang tetap setiap bulan.

4. Pelaburan tanah. Sama juga konsepnya seperti membeli rumah. Tanah juga boleh dijual kembali dan juga boleh dibuat sewa.
Pelaburan bijak menentukan kepentingan seseorang merancang masa depan. Tiada rugi melabur, bak kata pepatah “Bijak Dahulu, Bijak Sekarang.”

Rabu, 4 Januari 2012

JANGAN TAMAK, BUAT DENGAN KONSISTEN

Mari kita berkongsi bagaimana mudah kita nak miliki 1 dinar. Satu rahsia unggul yang banyak dari kita terlepas pandang. Bukan sekadar emas 1 Dinar yang mampu kita miliki malah 1 kilo pun boleh kita capai kalau konsisten dan berdisiplin.

Ok. untuk miliki 1 Dinar Emas tanpa membebankan perbelanjaan kita., kita perlu buat perancangan kewangan atau lebih kurang kita nak tahu kemana duit pendapatan kita dibelanjakan. Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Saya buat contoh macam ni..katakan gaji saya adalah RM1500.00. Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, yang perlu saya guna pakai maka saya ada lebihan duit RM200.00. Oleh itu cara mudah nak buat beli emas macam ni; 

1: Katakan esok hari gaji..kita dapat RM1500.00 tunai. 
2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM710.00. 
3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas. 
4: Gagai semula 1 Dinar ini di PG(Sebab bank dah tak terima dinar  untuk pajak).
5: PG akan beri kita pinjaman dengan gadaian ini lebih kurang 65% pada nilai emas yang dinilai.

Katakan anda diberi pinjaman RM426.00 dengan upah simpan RM34.00 untuk 6 bulan.

6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.
7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM426.00 + RM34.00)/6 = RM76.70 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada PG. Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar. Fikir – fikirkan lah…dan bertindak SEGERA HARI INI JUA.. Untuk dapat 1 Dinar boleh hubungi saya 019-6990124 Jangan kita hanya menjadi penonton keatas kemakmuran negara kita..rebut peluang ..meraih kekayaan dan menyimpannya dalam bentuk yang nilainya semakin naik sudah pasti…EMAS. ingat, jangan tamak, orang tamak selalu rugi.

Isnin, 2 Januari 2012

SIMPAN EMAS MULAI SEKARANG

Menyimpan atau melabur emas adalah terpulang kepada diri anda. Tetapi jika ditanya bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas, jawapannya adalah SEKARANG! Saya pernah berada di dalam situasi anda. Teragak-agak bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas. Saya mengharapkan harga emas akan turun, tetapi harapan hanyalah harapan. Harga emas sentiasa naik dan sukar untuk turun. Adalah beruntung jika harga emas itu jatuh dan anda membelinya pada waktu itu. Tetapi untuk menunggu peluang harga emas itu jatuh adalah sangat tipis. Semakin lama anda tunggu, semakin itu jugalah harga emas terus naik dan naik. Jadi saya ulang lagi sekali, jika anda ingin membeli emas dan anda mempunyai modal, belilah emas itu dari sekarang.

Rabu, 21 Disember 2011

Saolan-soalan lazim

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya dan jawapannya

Soalan 1
Saya ingin membeli emas,yang manakah paling sesuai? 
Jawapan:
Asalkan emas itu benar ketulenannya dan tepat beratnya adalah sesuai.
Anda boleh memilih diantara banyak produk emas di Malaysia seperti:
1.Kijang Emas
2.Pamp Suisse
3. Produk keluaran GCP iaitu dinar 999 dan barang kemas-juga boleh dapatkan produk Pamp di sini
4.Public Gold yang turut mengeluarkan dinar Public Dinar,Silver dan barang kemas 916
5.Jongkong dari kedai-kedai emas seperti Poh Kong dan Habib Jewels
6.Gold coins dari UOB Bank
7.Bunga Raya dari Nubex,Dinar Kelantan,Dinar Restu,Dinar Muslim,Dinar Darul Ehsan dan banyak lagi

Untuk tujuan simpanan + pelaburan pilihlah emas yang mudah dicairkan (dijual semula),dan syarikat yang menawarkan harga belian semula (buyback) yang tinggi.Contohnya seperti Public Gold
Jika anda ingin emas sebagai simpanan + pelaburan + meniaga,pilihlah yang paling mudah untuk mendapat stok.Setakat ini dari pemerhatian saya Public Gold paling mudah sekali untuk tujuan ini kerana ia telah dikenali ramai,stok sentiasa ada kerana ada kilang sendiri.

Soalan 2

Macam mana nak dapat untung dengan emas ?

Jawapan:
Emas sebagai simpanan kalis inflasi dan melindungi kewangan kita.Lebih lama anda simpan lebih menguntungkan.Jika anda menyimpan wang kertas,ia akan mengalami susut nilai disebabkan inflasi dan sebagainya.

Kalau nak untung lebih,anda perlu simpan emas + meniaga emas.Di sini anda boleh menjana kenuntungan dengan berniaga.Bukankah sumber rezeki adalah 9/10 dari perniagaan?Rasulullah saw sendiri meniaga.
Bezanya,meniaga emas bukan macam meniaga barang-barang lain.Niat kena betul dan hati kena bersih.Niatkan di dalam hati untuk memberi kesedaran kepada ramai orang tentang sebab perlu simpan emas dan kepentingannya.Educate first.profit will come later.Selebihnya anda boleh belajar dengan saya.
Lagi satu anda boleh menjana keuntungan dan menggandakan emas anda menggunakan teknik ar rahnu.Sila baca di ‘Teknik Ar rahnu Manipulasi Emas”

Soalan 3
Apa kelebihan  emas Public Gold dan keburukannya?
Jawapan :
1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kaedah EPP (Easy Payment Plan),satu kemudahan yang disediakan oleh PG.Kelebihannya kita dapat lock price harga emas yang kita hendak dan bayar ansur-ansur selama 4 bulan.Habis bayar kita boleh ambil gold kita
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.
Keburukan -
Setakat ini saya tak nampak lagi keburukannya kecuali  satu sahaja.Emas Public Gold tidak sesuai untuk tujuan melebur dan menjadikannya barang kemas,kerana kita boleh mendapatkan produk lain untuk tujuan ini kerana lebih murah.Ini jika anda memang beli untuk membuat barang kemas..jadi saya tak sarankan.Kalau untuk tujuan simpanan dan pelaburan memang sesuai.

Soalan 4
Apakah  EPP untuk membeli emas dengan PG ini ?
Jawapan:
EPP ialah Easy Payment Plan.Satu kemudahan oleh PG supaya kita dapat membeli emas  dengan harga yang kita mahu.Ansuran selama 4 bulan dan caj admin hanya sebanyak 0.5% sahaja.EPP boleh digunakan untuk membeli apa sahaja produk walaupun 1 dinar dan untuk menjadi dealer dengan belian minimum rm20k
Contoh adalah seperti di bawah
Lock price dan register dealer rm20k pada 10hb Jan 2012.
Anda akan mendapat sales order (SO) dari pihak syarikat PG dengan kiraan berikut:
Bulan pertama 11hb Jan   rm5000k + caj admin 0.5% rm100   = rm5100     (0.5% daripada rm20k = rm100)
Bulan ke  2 hingga bulan ke 4 =rm5000 setiap bulan
Total =rm20100 (untuk gold bar ada caj transport fee 20g =rm10 , 50g =rm20  100g =rm30)

Soalan 5
Apa maksud lock price?
Jawapan :
Lock price bermaksud kunci harga atau menempah harga emas yang kita mahukan.Harga di web Public Gold,Public Dinar dan Public Jewellery berubah 20 minit sekali.Jadi jika ingin membeli emas,anda rujuk harga di web dan bila anda ingin membeli dengan harga tersebut,anda boleh sms begini :
Lock price 20g 1 unit rm3200 update 8.00pm,nama penuh,ic dan alamat dan hantar
ke  no hp saya 0196990124
Jika anda ingin mendaftar sebagai pelanggan PG dan mengambil sendiri emas di cawangan terdekat,sertakan alamat email.  Saya akan membantu anda dalam urusan lock harga dan boleh runding jika ingin meminta dealer ambilkan stok.  Anda hanya perlu tandatangan satu surat mengesahkan anda mewakilkan kepada dealer untuk mengambil stok anda beserta satu salinan ic. Anda juga boleh wakilkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil emas tersebut. Sebaiknya orang yang anda percayai.


Soalan 6:

Manakah lebih berbaloi,emas 916 seperti dinar dan barang kemas atau emas 999 dalam bentuk jongkong?
Jawapan :

Jika untuk simpanan/pelaburan barang kemas tidak sesuai kerana susut nilainya lebih tinggi.  Jika anda ingin memakai untuk perhiasan,maka biarlah dipakai lama dan elakkan ‘trade in’ kecuali anda terdesak.

Dinar pula lebih sesuai disimpan untuk tujuan muamalat dan tidak digalakkan memajak.Namun ia memberi pilihan kepada mereka yang baru hendak bermula dan bajet kecil.
Harga kos pergram emas 999 lebih tinggi,maka kenaikannya lebih tinggi.
Pilihan untuk yang hendak beli barang kemas perhiasan sambil menyimpan/melabur-emas 999.

Soalan 8 :
Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai dealer Public Gold ?
Jawapan :
1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 019-6990124
2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan staff syarikat akan email kan Sales Order kepada anda.
3- Saya akan  daftarkan dealer dan lock order
4- PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order ( SO)akan di Email kepada anda.
5- Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916. Nyatakan no Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.
6- Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept. dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.
7- Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.
8- Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order (DO)
9- Ambil stok emas anda dan boleh mula berbisnes

Harga Emas Public Gold

Harga boleh dilihat di website Public Gold iaitu www.publicgold.com.my & di update dari semasa ke semasa.
Harga emas dunia boleh dilihat kat website KITCO . Ini adalah harga reference utk emas, dan harga emas bukanlah harga kawalan. Sebab tu kita lihat harga dari satu syarikat/kedai emas berlainan dengan yang lain.


Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?
Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping certificate yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan saya menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?


SEKARANG atau dgn lebih tepat bila ada duit lah..Emas for sure akan naik, tak kira masa anda beli tu harga berapa pun, dia tetap akan naik. Contoh, masa saya beli 6/1/10 harga emas rm135/gram. Hari ni 7/1/10 pagi rm137/gram, sekrg pada ketika artikel ini ditulis harga turun balik rm136/gram.. Harga akan fluctuate tapi untuk long term, tetap naik & menguntungkan.


Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?


Simpan saja. dan tunggu bila harga naik balik,then jual kalau nak buat untung.Kalau tak,simpan lagi utk keuntungan pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun lepas kita beli,ingat,emas tu still ada dgn kita. in other words,we
never lose it. Compare dgn unit trust/stock market, bila harga turun merudum, wang pun lesap lah.


Emas Public Gold ni diterima tak oleh company lain atau mana2 goldsmith?(in case Public Gold tutup)


Emas adalah emas. Bawak pegi ceruk mana pun,ia tetap emas. Cuba beli cincin emas kat Dubai ke,Mekah ke,try offer kat kedai emas kat sini,bila diorg test (ada satu mesin) ketulenan nya sah, sure dia ambik punya.Emas bukan seperti cash/currency. That’s why masa zaman perang vietnam,semua org vietnam keluar negara bawak emas,diorg tak bawak duit langsung. Masuk lah negara mana, depa boleh hidup dgn emas.



Berapa banyak patut dibeli?Ada minimum tak?

Minimum 1 dinar  sbb itu adalah saiz/berat  yg paling kecil. Berapa banyak,ikut budget.Tak de restriction.


Berapa berat jongkong yang ada?


Jongkong emas 999- 10 gram, 20gram, 50gram, 100gram,1kg
Syiling emas 916 – 1 dinar (4.25gram), 2 dinar (8.50gram) 5 dinar (21.25gram), 10 dinar (42.5gram)


Kalau dah beli,simpan kat mana?


Kalau berani,simpanlah kat rumah. Kalau sikit amount nya, simpan saje macam anda simpan brg kemas. tapi kalau byk & nak safety, boleh simpan kat deposit box kat mana2 bank atau sewa Royal Safe Deposit Box public gold di Sunway Mentari.
Royal 1 – 5x5x23 inch – RM270.00 /year
Royal 2 – 3x10x23 inch – RM330.00 /year
Royal 3 – 5x10x23 inch – RM410 /year
Royal 4 – 10x10x23 inch – RM480 /year
(akan saya beri detail tentang safe deposit box ni later)


Kalau stay oversea,mcm mana nak beli?


Cara yang paling logik & practical,minta saudara terdekat di Malaysia,ibu/ayah/adik beradik/husband/wife belikan. Bagi mereka simpan sendiri kat rumah atau sewa safe deposit box. Kalau insist jugak nak gold bar tu,saya akan usahakan kirim dekat member yg kebetulan fly ke lokasi anda (but not advisable,unless saya betul2 percaya kawan saya tu..hehe). Tapi anda kena pegi ambik kat airport flight MAS turun ataupun kat hotel crew MAS stay.


Boleh tak saya invest dengan barang kemas?Emas jugak kan??


Boleh,tapi kalau mmg niat nak melabur,saya nasihatkan go for jongkong/coin rather than jewelry. Pertama,harga anda beli pun tinggi sebab tokey kedai tu for sure include workmanship cost. Dan bila anda nak jual balik,brg2 kemas tersebut akan dikira sbg ‘emas terpakai’ yang mempunyai susut nilai yg agak tinggi, dlm 20-40% lower than the market rate time anda nak jual. So,walaupun time tu dikira emas dah naik harga berbanding masa anda beli,still anda rugi sebabkan susut nilai tu.
Poh Kong,Tomei semua pun ada buat gold bar depa sendiri.So,bolehlah beli yang tu untuk investment?
Nak beli boleh,tapi kena jaga baik2 bagai menatang minyak yang penuh.hehehe.Harga memang tinggi sbb walaupun jongkong,tetap berpandukan harga FGJAM (federation of goldsmiths and jewellers association of m’sia) yang lebih tinggi daripada public gold. Dan,kalau calar atau tergores, atau terserpih atau bengkok,atau dibukak dari sarungnya, jongkong anda dah dikira sbg ‘emas terpakai’ which then apply to harga
susut nilai yang 20-40% itu. Sedangkan Public Gold tetap ambik jongkong dia balik bila anda nak jual walaupun calar atau bengkok.Bagus kan..


Saya takde cash,tapi ada brg kemas. Boleh ke tukarkan kpd jongkong Public Gold?


Boleh. public Gold ambik pada harga 10-15% rendah daripada harga belian. Ini lebih tinggi daripada ditolak ke kedai emas yang biasanya ambik pada 20-40% rendah daraipada harga belian. Brg2 kemas ini kemudiannya ditimbang,disahkan ketulenan sebelum anda diberi jongkong/coins yang setara nilainya.


Kalau saya nak jadi dealer jugak macam mana?


Bagitau saya,saya akan share cara & ilmu menjual emas sebanyak mana yang saya tahu. kemudian, daftar dgn Public gold dengan membeli package stok yg telah ditetapkan oleh public Gold  mengikut harga emas ketika itu. Anda boleh mendaftar sebagai dealer di bawah rangkaian saya, bermakna saya sbg introducer.


Kenapa dalam blog chedet (tun dr.mahathir) ada iklan Public Gold ni?ada kaitan ke?


Saya bertanya pada Public Gold,depa kata che det mmg suka sgt pada gold investment ni.Tapi,saya rasa,my personal opinion, sure Che Det ada share dalam tu..heheeh..kalau tak,takkan saja2 suka letak iklan dlm blog dia.Ingat senang nak advertise dlm blog ex-prime minister yg paling berpengaruh tu??


Gold ni sesuai untuk investment apa ye?Apa gunanya?


Contoh saya bagi, katakan 5 tahun lagi anda nak ke Mekah buat haji.Anda beli emas sekrg 10gram berharga rm13500.00 (contoh).Apa yg perlu anda buat ialah simpan shj.At the end of 5 years tu,anda tetap ada emas seberat 10gram,tetapi value nya mungkin dah naik jadi rm33,592.00 (saya ambik hanya
20% appreciation a year-compounding effect).So,walaupun kos buat haji masa tu dah naik,emas yg anda simpan tanpa tokok tambah tu mampu menampung kenaikan kos tersebut. (anda hanya keluar duit sekali shj pada mula2 dulu sebyk rm13500!!).Berbanding kalau anda simpan wang, tahun ni simpan rm13500, sepanjang tahun selama 5 tahun anda terpaksa tambah lagi sebanyak rm20,092.00 untuk jadi setara dgn kenaikan nilai emas.
Gold ni juga sesuai untuk education fund anak-anak, masa umur anak 2 tahun,beli jongkong 100gram,simpan. Tak payah tambah2, tunggu bila time dia nak masuk U,cuba pegi jual emas tu,sure nilainya berlipat kali ganda. Simply put,kalau kita simpan emas,cost of living kita takkan meningkat sbb kenaikan emas tu mampu menanggung kenaikan harga barang.Kan ke best kalau kita dibayar gaji dgn emas..kaya sentiasa lah kita…hehehe

Selasa, 20 Disember 2011

Memahami Emas

Untuk sahabat-sahabat semua, 20 tips berikut amat bermanfaat untu kita semua.

1: Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Purata kenaikan harga emas ialah 20% setahun. Kalau nak simpan, minimun setahun. Guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun.

2: Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak akan takut kenaikan harga barang, tak takut bila duit RM lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb.

3: Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit, dalam masa yang sama beli emas.

4: Emas senang ditukar kepada cash. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu.

5: Emas hanya boleh dibeli secara tunai. Beli cara hutang, hukumnya haram.

6: Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85gram.

7: Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan; (1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas & Dinar Public Gold. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi tak berapa famous.

8: Cara terbaik untuk simpan emas ialah beli emas Public Gold. www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Saya dah kaji.

9: Mana nak beli emas? (1) Kijang Emas, pergi ke Maybank tertentu, (2) Dinar Kelantan, cari di Ar-Rahnu tertentu, (3) Public Gold, cari di company Public Gold, atau contact ejen Public Gold lagi mudah.

10: Mana nak simpan? Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Kalau tanya saya, lebih baik pilih syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi. Nilai sewa dia berbaloi, sekitar RM80 – RM550. Tengok saiz box.

11: Berapa modal? Kalau modal kecik (min. RM600), beli dinar. Kalau modal besar (min. RM3,000), beli gold bar, syiling emas, Kijang Emas.

12: Mana untung beli barang kemas compare dengan dinar, dan gold bar? Dinar dan gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas.

13: Emas Public Gold, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui ejen? Harganya sama, tapi lebih untung beli dari ejen, sebab boleh dapat free consultation, guidance dan lain-lain bantuan dari ejen yang anda percaya. Silap-silap, dapat free delivery.

14: Kat mana office Public Gold? Kat KL di Sunway Mentari. Di KB, Jln Kebun Sultan. Yang lain, di Ipoh, Penang (HQ), Sungai Petani, Kuantan

15: Macam mana nak beli? Contact saya. Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi contact ejen-ejen Public Gold yang terdekat.

16: Macam mana buat untung dengan emas ni? (1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya setahun. (2) Jual hanya bila perlu duit cash, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Takut terlibat dengan riba.

17: Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas? Kebanyakannya adalah SCAM – penipuan. Juahkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikal.

18: Mana bagus, buka Akaun Simpanan Emas di Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House berbanding emas fizikal? Beli emas fizikal lagi bagus. Maybank & Public Bank belum ada pengesahan halal.

19: Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding beli emas? Jauh lebih untung beli emas. Purata kenaikan emas 20% setahun. Tabung Haji (5%), ASB (6.5% lepas tolak zakat). Belum tolak infasi 4%.

20: Kat mana nak tengok harga emas semasa? (1) Kijang Emas http://www.bnm.gov.my/ - berubah setiap hari (2) Dinar Kelantan http://islamicmint.com.my/ - berubah setiap hari (3) Public Gold www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com – berubah setiap 20 minit. Kena contact ejen untuk lock price kalau nak beli. Sekian.

Anda juga boleh membaca